LATAR BELAKANG
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah merancang untuk melaksanakan Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021 secara dalam talian sebagai medium yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia, khususnya dalam pemartabatan pendidikan bahasa Melayu. Melalui KONBAYU 2021, golongan pendidik dan wakil dari pelbagai agensi dapat berkumpul untuk berkongsi dan menyebar luas maklumat berdasarkan dapatan penyelidikan, inovasi, diskusi ilmiah, pameran dan poster yang dipertandingkan di bawah Inisiatif #108.
Penganjuran KONBAYU 2021 diharap dapat menyemarakkan dan menggalakkan budaya penyelidikan dan rekayasa penemuan (inovasi) tentang bahasa, budaya dan sastera Melayu kepada khalayak pendidik dan warga KPM. Ia juga merupakan satu pentas perkongsian ilmu dan perbincangan ahli akademik, pakar pedagogi, pakar bahasa, serta para pendidik untuk berkongsi idea, pandangan dan pendapat. Seterusnya untuk menarik minat ahli akademik dan masyarakat ke arah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu selari dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke-21.
OBJEKTIF
Menyediakan satu landasan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam PdP Bahasa Melayu (BM).
Menghimpunkan pelbagai aktiviti Inisiatif #108 untuk pendidikan BM.
Membentuk jaringan dan jalinan dalam kalangan warga KPM dan institusi luar.
ANJURAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
TEMA
Bersama Memartabatkan Pendidikan Bahasa Melayu
TARIKH
27 - 29 Julai 2021
ACARA KONBAYU 2021
1. Pembentangan Kertas Kerja Ilmiah
Subtema:
Perkembangan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Pedagogi Bahasa Melayu
Pedagogi Kesusasteraan Melayu
Kebudayaan Kebangsaan
Sastera Kontemporari dalam Pendidikan
Inovasi Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam Pendidikan Bahasa dan Sastera
Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Saster
2. Pertandingan dan Pameran Poster Digital
Pertandingan dan pameran bahan-bahan PdP BM dan Kesusateraan Melayu Komunikatif (KMK) oleh guru-guru bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu (KM)
3. Pertandingan dan Pameran Inovasi
Pertandingan dan pameran pelbagai bahan inovasi pendidikan Bahasa Melayu, KMK dan yang berkaitan dengan PdP BM di bilik darjah
Berbentuk video pendek
4. Pembentangan Kajian Tindakan BM dan KMK
5. Pesembahan Apresiasi Seni
Apresiasi KMK
Persembahan puisi moden dan tradisional
STRATEGI PELAKSANAAN
Laman sesawang KONBAYU 2021 telah dibangunkan bagi memuat naik acara.
Pautan: http://ipgkbm.edu.my/konbayu
Comments