top of page
Conenctingdotslearning_edited.jpg

JARINGAN PERCIKAN PEMBELAJARAN

Cabaran besar menangani kesan pandemik terhadap pendidikan ialah menggerakkan perubahan pendidikan dengan pantas dan menyeluruh. Oleh itu perubahan pendidikan memerlukan PENDEKATAN JARINGAN (networking) untuk bertindak balas terhadap keperluan multidimensi dan persekitaran yang juga pesat dan pantas.

Pendekatan jaringan bersifat nonlinear, melihat pendidikan sebagai sistem terbuka, saling bergantung antara pelbagai komponen sistem. Semua komponen mempengaruhi proses perubahan itu sendiri. Tidak ada 'resepi khusus untuk semua' dalam menggerakkan perubahan dalam sistem terbuka. Setiap komponen ada pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang mampu menghasilkan resepi atau model yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Apa yang diperlukan ialah PERKONGSIAN pengetahuan dan pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan keperluan dan masalah.

​

Dalam pendekatan jaringan, perubahan pendidikan bermula 'di sini' bukan 'di sana', dan yang melaksanakannya 'kita' bukan 'mereka'. Oleh itu demi anak-anak didik, jangan biarkan perubahan ini menjadi tanggungjawab orang lain melaksanakannya. Perubahan ini adalah tanggungjawab SEMUA untuk melaksanakannya. Marilah gerakkan bersama perubahan pendidikan ini dengan memperkasa JARINGAN PERCIKAN PEMBELAJARAN supaya menjadi ombak besar perubahan pendidikan yang kita impikan. Permudahkan dan beri sokongan usaha semua pihak.

​

Inilah jantung menjayakan perubahan pendidikan.

​

Oleh itu dalam konteks menyokong memenuhi keperluan di atas maka kami menyediakan tapak sokongan profesional alternatif, iaitu  PORTAL CONNECTING-DOTS LEARNING - Jaringan Percikan Pembelajaran untuk semua rakan guru di Malaysia. Portal ini menyokong Pembelajaran Bermakna Murid dan Jaringan Pembelajaran Profesional Guru. Portal yang akan memberikan wajah dan naratif baharu pembelajaran digital guru-guru di Malaysia.

 

Mari kita semarakkan gerakan perubahan pendidikan ini dengan meningkatkan autoriti profesional warga guru melalui jaringan #cikgubantucikgu dan memanfaatkan PORTAL CONNECTING-DOTS LEARNING!

bottom of page