top of page

Ingatan adalah Sisa Pemikiran

Updated: 20 Dis 2022

Dikongsikan artikel “Ask the Cognitive Scientist: Why Do Students Remember Everything That's on Television and Forget Everything I Say?“ tulisan Daniel T. Willingham. Beliau adalah seorang profesor psikologi kognitif di University of Virginia. Pengarang buku “Why Don’t Students Like School?” Edisi ke-2 (2021). Artikel yang dikongsikan ini merupakan petikan daripada buku tersebut.


Prinsip kognitif yang memandu artikel ini adalah ingatan adalah sisa pemikiran (memory is the residue of thought) . Untuk mengajar dengan baik, guru perlu pertimbangkan tugasan yang sebenarnya akan membuat pelajar berfikir (bukan apa yang anda harapkan akan mereka fikirkan), kerana itulah yang akan mereka ingat.


Saya percaya dan yakin pembelajaran bermakna tidak mungkin berlaku secara kebetulan, tetapi memerlukan perancangan yang rapi, melalui reka bentuk (by design).


Selamat membaca, menelaah dan mengutip pengajaran daripada artikel ini yang mungkin boleh dimanfaatkan dalam usaha memantapkan naratif baharu pembelajaran dalam tempoh pandemik dan pasca pandemik yang sangat mencabar ini.


Pautan artikel:

https://www.aft.org/ae/summer2021/willingham


Siaran Terkini

Lihat Semua

Naratif Baharu Persekolahan

(Makalah ini diterbitkan dalam Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa & Pustaka - Mei 2022) 1. Pandemik COVID-19 yang memeritkan...

Comments


bottom of page