NARATIF BAHARU PERSEKOLAHAN
Jaringan Pembelajaran Profesional membuka ruang dan peluang kepada individu guru atau kumpulan guru, belajar secara kolaboratif dengan pihak lain yang berada di luar komuniti seharian mereka. Pembelajaran secara kolaboratif ini bertujuan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bermakna di sekolah masing-masing. Jaringan tersebut dikendalikan melalui tapak domain luaran, PORTAL JARINGAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL (Portal JPP). Portal perkongsian yang berfokuskan pengajaran & pembelajaran dan penglibatan berterusan warga guru.
Perubahan Sistemik Pendidikan - #CikguBantuCikgu
Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang begitu besar dan dapat dirasakan dengan lebih meluas lagi apabila berlakunya pandemik COVID-19. Pandemik ini telah mengajar kita bahawa persekolahan yang berbentuk konvensional dari segi pedagoginya tidak dapat menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid.
Pembudayaan Penyelidikan Dalam Kelestarian Pendidikan
Ucap Utama dalam Persidangan Penyelidikan Peringkat Kebangsaan Kali Ke 16 Tahun 2022 anjuran BPPDP KPM pada 14 Jun 2022.