top of page
Writer's pictureAmin Senin

PERKONGSIAN 'PARADIGM SHIFT' BERSEMUKA PERTAMA SELEPAS HAMPIR DUA TAHUN

Updated: 20 Dis 2022

1. Pada 9 November 2021 yang lalu saya telah dijemput berkongsi pengalaman dan pandangan secara bersemuka dengan para pensyarah Institut Aminuddin Baki di Kampus Cawangan Genting Highland.


2. Dalam pertemuan itu saya berkongsi dua mesej utama. Pertama, Menimba iktibar (lesson-learned) pengalaman berharga akibat pandemik yang dialami oleh semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Jika dimanafaatkan, boleh mencetuskan PARADIGM SHIFT pendidikan yang memenuhi kriteria 'paradigm shift' Thomas Kuhn (The Structure of Scientific Revolutions, 1962). Menurut beliau dua syarat perlu untuk berlakunya perubahan yang radikal: pertama, sistem yang ada menjadi 'catastrophically ineffective'; keperluan kedua ialah wujudnya paradigma pilihan untuk berperanan.


3. Syarat pertama perubahan radikal telah disediakan oleh pandemik COVID-19. Dan berikutnya, sekadar menyebut tiga dokumen proaktif dengan cadangan paradigma baharu yang memanfaatkan peluang tersebut, dapat memenuhi syarat kedua - (i) Education Reimagined: The Future of Learning (Michael Fullan etal, 2020); (ii) Restarting and Reinventing School: Learning in the Time of COVID and Beyond (Linda H. Darling etal, August 2020); dan (iii) A Catalyst for Change (Jim Watterston & Yong Zhao, July 2020). Oleh sebab itulah saya yakin 'paradigm shift' dalam pendidikan pasti berlaku.


4. Lambat-laun setiap sistem pendidikan pasti akur dengan desakan perubahan radikal tersebut. Atas semangat inilah saya menyarankan agar para pensyarah IAB peka dengan 'activation of a new learning system' yang mendasari perubahan radikal tersebut. Seterusnya mereka perlu menimba ilmu dan kompetensi baharu untuk membangunkan dan menyediakan pemimpin pendidikan yang mampu meneraju dan mengurus naratif baharu persekolahan. Secara metaforanya saya menyebut, kita tidak mahu pemimpin pendidikan kita menjadi 'PAHLAWAN KESIANGAN' - orang lain sudah menang bertempur, kita baharu nak bersilat!


5. Mesej saya yang kedua ialah peringatan bahawa "Kita perlu mengkaji dan mempelajari sistem-sistem pendidikan yang lain, bukan untuk MENIRU tetapi mendapatkan 'INSIGHT' untuk menyelesaikan masalah pendidikan kita dan membangunkan model sistem pendidikan sendiri. Dalam konteks inilah juga saya berpendapat para pensyarah IAB perlu menjadi 'professional practitioner' yang mampu menghasilkan model/modul latihan yang TERUJI menyelesaikan masalah dan meningkatkan keberkesanan pemimpin sekolah dalam kompetensi tertentu. Mereka perlu berperanan lebih dari hanya mengongsikan cadangan dan prinsip kompetensi kepimpinan dan pengurusan berkesan dari disiplin ilmu dan model tertentu tetapi mampu menghasilkan MODEL WATAN yang praktikal dan teruji.


Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua. Wallahu'alam.

Comentarios


bottom of page