top of page

PELAN PEMULIHAN NEGARA (PERSEKOLAHAN)

Updated: 20 Dis 2022

1. Sidang media PENGOPERASIAN SEKOLAH oleh Menteri Kanan Pendidikan semalam (12 September 2021) dapat memberikan sedikit pencerahan dan mengurangkan kerisauan orang awam terutama ibu bapa dalam masa yang terdekat. Penjelasan yang baik tentang JADUAL pengoperasian institusi pendidikan mengikut fasa pengurusan COVID-19 merupakan suatu permulaan yang patut dialu-alukan.


2. Walau bagaimanpun saya percaya pengumuman ini merupakan sebahagian daripada PETA PERENCANAAN PEMULIHAN SEKOLAH (Roadmap for the School Recovery) Kementerian Pendidikan Malaysia. Suatu perencanaan yang tentunya memberikan landasan baik kepada PETA PERENCANAAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PASCA COVID-19 (Roadmap for Education Development Post COVID-19).


3. Kita berharap pengumuman seterusnya tentang ‘Peta Perencanaan Pemulihan Sekolah’ akan memberikan pencerahan hal-hal yang berkaitan dengan SUBSTANCE pengisian dan penyampaian amalan persekolahan, dan pengumuman itu perlu disegerakan. Tindakan ini penting kerana pencerahan tersebut dapat mengurangkan tekanan dan kekeliruan ‘barisan hadapan’ dalam mengurus TRANSISI PERUBAHAN persekolahan.


4. Saya percaya pihak KPM telah keluar dari mod PENGURUSAN KRISIS kepada mod PENGURUSAN PERUBAHAN dalam pendidikan. Suatu perubahan pengurusan yang antaranya dapat mengurus dengan berkesan maklum balas daripada semua pihak – orang awam, pemegang taruh (ibu bapa, guru-guru dan murid-murid) dan pakar-pakar Pendidikan. Mudah-mudahan Pelan Pemulihan Negara yang ditunjangi oleh perencanaan pendidikan yang mantap, berjaya mengeluarkan negara dari kemelut yang dihadapi ketika ini.


Wallahu’alam.

1 Comment


rosli md radzi
rosli md radzi
Sep 13, 2021

Pengurusan perubahan dalam fasa ini perlu bergerak selari dengan gelombang 3 PPPM yang memberi fokus kepada pengurusan berasaskan sekolah.

Like

Making Meaning through Digital Learning

Hakcipta terpelihara.

2023 CDL EduNet Berhad.

telegram-icon-2048x2048-qq8ggh79.png
Twitter

VIDEO PROMOSI CDL HANDS-ON

KEKAL BERHUBUNG

Terima kasih kerana melanggan!

Portal CONNECTING-DOTS LEARNING ini sentiasa dikemaskini dengan pelbagai perkongsian daripada rakan-rakan guru, pakar dan pengamal pendidikan.

Langgan portal ini supaya kami dapat menyalurkan maklumat terkini kepada anda. Langganan adalah percuma!

PAUTAN PANTAS

Kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti portal ini.

bottom of page