top of page

JARINGAN PERCIKAN PEMBELAJARAN

Writer's picture: Amin SeninAmin Senin

Updated: 20 Dis 2022

Cabaran besar menangani kesan pandemik terhadap pendidikan ialah menggerakkan perubahan pendidikan dengan pantas dan menyeluruh. Oleh itu perubahan pendidikan memerlukan PENDEKATAN JARINGAN (networking) untuk bertindak balas terhadap keperluan multidimensi dan persekitaran yang juga pesat dan pantas.


Pendekatan jaringan bersifat nonlinear, melihat pendidikan sebagai sistem terbuka, saling bergantung antara pelbagai komponen sistem. Semua komponen mempengaruhi proses perubahan itu sendiri. Tidak ada 'resepi khusus untuk semua' dalam menggerakkan perubahan dalam sistem terbuka. Setiap komponen ada pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang mampu dan harus menghasilkan resepi atau model yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Apa yang diperlukan ialah PERKONGSIAN pengetahuan dan pengalaman pembelajaran, sama ada yang berjaya ataupun gagal menyelesaikan keperluan dan masalah.

​

Dalam pendekatan rangkaian, perubahan pendidikan bermula 'di sini' bukan 'di sana', dan yang melaksanakannya 'saya' bukan 'dia'. Oleh itu demi anak-anak kita, jangan biarkan perubahan ini menjadi tanggungjawab orang lain melaksanakannya. Perubahan ini adalah tanggungjawab SEMUA untuk melaksanakannya. Marilah gerakkan bersama perubahan pendidikan ini dengan memperkasa JARINGAN PERCIKAN PEMBELAJARAN kita semua supaya menjadi ombak besar perubahan pendidikan yang kita impikan. Permudahkan dan beri sokongan usaha semua pihak.

​

Inilah jantung menjayakan perubahan pendidikan.

Comments


Making Meaning through Digital Learning

Hakcipta terpelihara.

2023 CDL EduNet Berhad.

telegram-icon-2048x2048-qq8ggh79.png
Twitter

VIDEO PROMOSI CDL HANDS-ON

KEKAL BERHUBUNG

Terima kasih kerana melanggan!

Portal CONNECTING-DOTS LEARNING ini sentiasa dikemaskini dengan pelbagai perkongsian daripada rakan-rakan guru, pakar dan pengamal pendidikan.

​

Langgan portal ini supaya kami dapat menyalurkan maklumat terkini kepada anda. Langganan adalah percuma!

​

PAUTAN PANTAS

Kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti portal ini.

bottom of page