Para peserta kini tidak perlu mengisi google form pendaftaran bagi mengikuti program CDL Hands-On Online Session — para peserta hanya perlu memasukkan pautan yang tertera pada poster atau menekan butang "launch meeting" (atau "join meeting as an attendee" dan masukkan "Meeting ID" & "Passcode" yang tertera pada poster sekiranya butang "launch meeting" tidak terpapar) di bawah bagi mengikuti program ini pada tarikh & masa yang tertera pada poster.
Program CDL Hands-On Online Session akan diadakan melalui aplikasi Zoom, terhad kepada 500 peserta terawal sahaja, selebihnya para peserta boleh mengikuti program CDL Hands-On melalui siaran langsung (livestream) di Youtube (Channel 🔍: Connecting-Dots Learning).
Perkongsian CDL Snippets — Reflect On bersama Dato' Dr. Mehander Singh akan berlangsung 10 minit sebelum program CDL Hands-On Online Session, iaitu pada jam 2:50 petang.
e-Sijil disediakan dan boleh didaftarkan dalam SPLKPM. Pautan e-sijil (melalui google form) akan dikongsikan pada akhir sesi.