top of page

PROJECT BASED LEARNING - TM FUTURE SKILLS: PEMACU PENDIDIKAN DIGITAL ERA IR4.0

Writer: Admin SAdmin S

Updated: 20 Dis 2022


ONG LI CHOO

DR. ZALINA MOHD TAHIR


Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur

peggyong09@gmail.com ; zalina.mtahir@yahoo.com


ABSTRAK

Menerusi bimbingan berterusan pegawai SISC+ dan SIP+ kepada warga sekolah telah memberikan ruang kepada komuniti luar untuk turut menyumbang kepakaran kepada kecemerlangan pendidikan di sekolah. Antara komuniti luar yang banyak menyumbang kepakaran terutama dalam bidang digital ialah Telekom Malaysia (TM). TM-Future Skills menerusi Creative Minds merupakan inisiatif Telekom Malaysia dalam melaksanakan tangggungjawab sosial-korporat (CSR) yang bertujuan untuk memantapkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang dilengkapi kemahiran masa depan (future skills) dan kompetensi global (global competencies). Gandingan tenaga dan sokongan antara pegawai SISC+ dan SIP+ dengan TM dari segi kepakaran, peralatan digital (digital tools) dan pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) telah dijalankan bagi memantapkan pendidikan digital di sekolah. Sejumlah 60 orang guru dan 66 orang murid dari dua buah sekolah rendah di daerah Bangsar/Pudu telah diberikan pendedahan untuk mengikuti kursus 3D Modeling secara dalam talian serta bengkel hands-on menggunakan 3D Printer. Impaknya dapat dilihat menerusi kejayaan dalam pelaksanaan Project Based Learning (PBL) dan e-Showcase PBL-TM Future Skills yang berlandaskan teknologi digital di kedua-dua buah sekolah ini. Murid-murid yang terlibat dalam PBL-TM Future Skills dilengkapi kemahiran yang kalis masa depan (future-proof) melalui pembelajaran bermakna (deep learning) secara berterusan dalam penghasilan produk inovasi. Projek ini secara langsung telah memacu pendidikan digital kepada murid dan guru bagi merealisasikan transformasi digital dalam pendidikan di sekolah seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).


Kata kunci: Teknologi digital, Project Based Learning, pengetahuan, kemahiran, Revolusi Industri 4.0



Muat turun untuk membaca artikel penuh >>


Siaran Terkini

Lihat Semua

Naratif Baharu Persekolahan

(Makalah ini diterbitkan dalam Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa & Pustaka - Mei 2022) 1. Pandemik COVID-19 yang memeritkan...

3 Comments


Ong Li Choo
Ong Li Choo
Jul 30, 2021

Terima kasih juga kepada Datuk Dr. Amin kerana sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada kami dalam usaha memantapkan kualiti pendidikan.

Like

Amin Senin
Amin Senin
Jul 28, 2021

Tahniah Dr Zalina Mohd. Tahir dan Ong Li Choo. Usaha dan idea ini perlu dikembangkan.

Like
zalina.mtahir
zalina.mtahir
Jul 30, 2021
Replying to

Terima kasih juga kepada Datuk Dr. Amin kerana membuka minda kami untuk berusaha membangunkan kualiti guru dan kemenjadian murid.

Like

Making Meaning through Digital Learning

Hakcipta terpelihara.

2023 CDL EduNet Berhad.

telegram-icon-2048x2048-qq8ggh79.png
Twitter

VIDEO PROMOSI CDL HANDS-ON

KEKAL BERHUBUNG

Terima kasih kerana melanggan!

Portal CONNECTING-DOTS LEARNING ini sentiasa dikemaskini dengan pelbagai perkongsian daripada rakan-rakan guru, pakar dan pengamal pendidikan.

Langgan portal ini supaya kami dapat menyalurkan maklumat terkini kepada anda. Langganan adalah percuma!

PAUTAN PANTAS

Kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti portal ini.

bottom of page