top of page

PEMBUDAYAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Updated: 20 Dis 2022

Zalina Mohd Tahir (PhD), Ong Li Choo


Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menghasilkan guru berkualiti dan kemenjadian murid secara holistik. Seramai 240 guru telah menjadi responden pada peringkat sebelum dan selepas menerima panduan dan bimbingan melaksanakan PBD secara atas talian dan bersemuka. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23 untuk analisis deskriptif dan peratusan. Hasil kajian awal mendapati hanya 182 guru (75.83%) yang memahami cara yang betul melaksanakan PBD namun sejumlah 126 guru (52.5%) masih memerlukan pendedahan yang lebih berfokus. Selepas sesi bimbingan dan bengkel dijalankan, dapatan menunjukkan berlaku perubahan ketara tentang kefahaman dan pengetahuan guru terhadap kaedah pengendalian PBD. Sejumlah 235 guru telah berupaya mengendalikan PBD dengan kaedah yang lebih baik sementara hanya 66 guru (27.5%) yang masih memerlukan bimbingan tambahan. Bimbingan yang diberikan kepada guru secara tidak langsung telah menjadi pemangkin kepada mereka untuk mengupayakan pelaksanaan PBD dengan lebih yakin dan mantap. Impaknya dapat dilihat menerusi pencapaian tahap penguasaan murid Tahap 1 yang ditaksir antara bulan April dan Oktober 2019 telah meningkat. Keupayaan guru melaksanakan PBD ini secara tidak langsung mencerminkan kejayaan kepimpinan sekolah dalam mencemerlangkan warganya selari dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan lebih ramai guru berkualiti dan pemimpin berkesan.


Kata kunci: Bimbingan, panduan, pentaksiran, pengurusan, kualiti.



(Muat turun untuk baca artikel penuh)


Siaran Terkini

Lihat Semua
Naratif Baharu Persekolahan

(Makalah ini diterbitkan dalam Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa & Pustaka - Mei 2022) 1. Pandemik COVID-19 yang memeritkan...

 
 
 

Comments


Making Meaning through Digital Learning

Hakcipta terpelihara.

2023 CDL EduNet Berhad.

telegram-icon-2048x2048-qq8ggh79.png
Twitter

VIDEO PROMOSI CDL HANDS-ON

KEKAL BERHUBUNG

Terima kasih kerana melanggan!

Portal CONNECTING-DOTS LEARNING ini sentiasa dikemaskini dengan pelbagai perkongsian daripada rakan-rakan guru, pakar dan pengamal pendidikan.

Langgan portal ini supaya kami dapat menyalurkan maklumat terkini kepada anda. Langganan adalah percuma!

PAUTAN PANTAS

Kami mengalu-alukan pandangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti portal ini.

bottom of page