top of page

PdPR - MUNGKINKAH KITA MEMBUKA KULIT PISANG DARI HUJUNG YANG SALAH?

Updated: 20 Dis 2022

1. Selepas menonton video youtube “How to Peel a Banana – The Right and Easy Way (https://youtu.be/6Cs4g7iOJM8) saya tersentak dan berfikir untuk menganalogikan cara membuka kulit pisang ini dengan pendekatan kita menangani cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Saya huraikan serba ringkas kenapa saya berfikir sedemikian.


2. Sejak dari awal kita telah memberikan perhatian dan TUMPUAN terhadap guru sebagai TITIK MULA melaksanakan PDPR. Suatu kesimpulan logik kerana PENGAJARAN-PEMBELAJARAN murid bergantung kepada inisiatif guru. Oleh sebab itu perbincangan, saranan dan sokongan kita berkisar dalam kesimpulan tersebut.


3. Saya berpendapat, pandangan dan tindakan berdasarkan kesimpulan logik di atas ada rasionalnya jika kita berada dalam suasana NORMAL. Dan semua bersetuju cabaran pandemik ini telah menghantar semua sistem persekolahan ke dalam suasana di luar dari kebiasaan. Oleh itu tidak ada sesiapapun yang dapat memberikan penyelesaian pasti kaedah menghadapi cabaran tersebut. Setiap negara ber’eksperimen’ menyelesaian kemelut sistem persekolahan masing-masing. Ini bermaksud kita semua tidak mempunyai PENGALAMAN menghadapi cabaran di luar dari kebiasaaan ini.


4. Sehingga kini pendekatan kita memberikan tumpuan kepada guru sebagai titik mula melaksanakan PdPR tidak menunjukkan tanda-tanda memberangsangkan yang kita telah keluar dari kemelut meningkatkan pembelajaran SEMUA murid. Malahan sistem secara keseluruhan telah mula menunjukkan keadaan STRESS & FATIQUE. Oleh itu ada keperluan mendesak untuk kita melihat semula perhatian dan tumpuan terhadap guru sebagai titik mula. Mungkinkah ada titik mula lain yang kita terlepas pandang yang lebih berdaya maju dalam menghadapi cabaran ini?


5. Dalam konteks ini saya mencadangkan kita perlu melihat PENGURUSAN SISTEM (termasuk pemimpin dan pengurus sistem) sebagai tumpuan dan titik mula. Pengurusan sistem yang saya maksudkan ialah PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN di sekolah yang diterajui oleh Pengetua dan Guru Besar, PENGURUSAN SISTEM PERSEKOLAHAN di peringkat PPD, JPN dan KPM yang digerakkan oleh pemimpin dan pengurusan tertinggi masing-masing.


6. Saya berpendapat dalam keadaan di luar dari kebiasaan (tanpa ada pengalaman menghadapinya) ada kewajarannya Pengurusan Sistem itu dijadikan titik mula perubahan yang strategik. Bermula dengan pendekatan Pengurusan Krisis (yang sering disangkutkan dengan pengalaman masa lalu) dan berganjak kepada Pengurusan Perubahan (yang perlu disangkutkan dengan keperluan masa hadapan). Dalam analogi yang lain, kita tidak mampu menghadapi cabaran yang memerlukan pemikiran digital dengan pemikiran analog .


Wallahu'alam.

bottom of page