
KOORDINATOR
KIT-SOKONGAN: KONGSI AMALAN


KIT-SOKONGAN
KONGSI
AMALAN
Pedagogi Membugar Pembelajaran Bermakna
A camel is stronger than a human being; an elephant is larger; a lion has greater valor; cattle eat more than a person; birds are more virile. People were made for the purpose of learning.
- Al-Ghazali, The Book of Knowledge
KOORDINATOR

Dr. Mustaffar Abd Majid
KO-KOORDINATOR
Manusia dilahirkan dengan potensi belajar, potensi yang membezakannya dengan makhluk lain. Potensi ini berkembang dan boleh dibangunkan secara holisitk dan multidimensional untuk mengalas tanggungjawab hidup dan kehidupan. Pendidikan merupakan usaha yang berterusan untuk mengembangkan potensi setiap individu sebagaimana yang ungkap oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pandemik Covid-19 telah menonjolkan isu-isu penting tentang naratif semasa tentang persekolahan yang diwarisi dalam tempoh lama, disebut juga sebagai ‘grammar of schooling’ (Tyack & Tobin, 1994). Walau pun sekolah terpaksa ditutup, pembelajaran masih diteruskan, sekaligus membuka lembaran baharu tentang persekolahan dan pembelajaran walaupun dilalui dengan sedikit sebanyak kecelaruan dan kelelahan. Tatabahasa persekolahan benar-benar dicabar untuk memberi peluang dan ruang kepada semua memikirkan naratif baharu persekolahan. Beberapa isu penting yang dirungkai dalam tempoh pandemik berkait rapat dengan pembelajaran anak-anak seperti ekuiti, peranan ibubapa, keanjalan sistem, one-size doesnt fit all, peranan pentaksiran dan pemanfaatan digital. Apakah pengajaran yang tersurat dan tersirat? Apakah kita perlu menerokai naratif baharu persekolahan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran bermakna kepada semua anak-anak?

Dr. Nor 'Azah

Dr. Noorhaslinda Hj Shuib

Pn. Azlin Mohd Rosdi
PERKONGSIAN TERKINI