BANGUN KAPASITI

Robot

BANGUN KAPASITI

JPP LOGO.jpg

Leadership is the ability to elicit extraordinary performance from ordinary people. Leadership is the ability to get followers.

(Tracy B., 2014)

 

There are strong links between the teaching capacities of teachers and student academic performance

(Hargreaves & Fullan, 2012)

Pembangunan kapasiti dalam Jaringan Pembelajaran Profesional berhasrat untuk membuka ruang kepada semua pemimpin dan pendidik untuk sama-sama memberi sokongan antara satu sama lain bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga pendidik dalam kepimpinan dan pengurusan pembelajaran naratif baharu persekolahan. Dalam mana-mana organisasi, sumber yang dianggap paling utama dan berharga adalah sumber manusianya. Potensi yang paling menyerlah terletak pada perkembangan, produktiviti, prestasi kerja dan pencapaian dalam kalangan individu yang sederhana atau biasa.

Fungsi kepemimpinan dan pengurusan adalah untuk menghasilkan prestasi yang terbaik dari individu atau pengikut dalam sesuatu organisasi. Kepimpinan terbaik adalah dimana wujudnya pengikut secara sukarela atau relahati.  Kalaulah dalam perniagaan kita mengharapkan kepulangan pelaburan (return on investment), malah dalam kepimpinan dan pengurusan kita turut mengharapkan kepulangan tenaga (return on energy). Kepulangan tenaga Human capital ini terdiri dari tenaga mental, emosi dan fizikal dalam menjalankan tugas harian dengan cara yang paling efektif dan efisyen. Jika inilah yang diharapkan dari sumber manusia maka segala usaha kearah membina kapasiti harus dirancang dan dijalankan secara strategik berdasarkan ketrampilan, kemahiran dan kompetensi staf yang sedia ada.

Seterusnya, menyediakan generasi pelajar yang dapat memenuhi tuntutan perkembangan dunia merupakan satu aspirasi dalam sistem pendidikan. Guru perlu diberi sokongan  supaya mereka dapat menyediakan pengajaran yang powerful dan relevan bagi mencapai aspirasi ini. Kajian menunjukkan perkembangan profesional guru mempunyai korelasi yang tinggi dengan pembelajaran pelajar (Schleisher, 2018) dan kualiti pengajaran mempengaruhi pencapaian pelajar (Hattie, 2009). Sebaliknya, jika guru diberi sokongan profesional tetapi tidak berkolaboratif sesama mereka, akan berlaku hubungan yang negatif bagi penggunaan pembelajaran bermakna berkaitan pedagogi (Barrera- Pedemonte, 2016).

Dalam sistem Pendidikan di negara Malaysia, kita berfokus untuk bina kapasiti dalam kalangan pemimpin sistem (system leaders), pemimpin sekolah, guru sekolah, staf sokongan dan juga stakeholders. Justeru itu, Portal Connecting Dots-Learning merupakan satu platform untuk semua yang berminat untuk berkongsi ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh semua di dalam dan di luar sistem Pendidikan dengan membina jaringan, kongsi amalan terbaik dan berpeluang bangun kapasiti melalui remote professional learning community (PLC) dan professional learning network (PLN).

Bangun kapasiti.png

KOORDINATOR

Dr_edited.jpg
Dr. Mehander Singh 

KO-KOORDINATOR

Dr_edited.jpg
Dr. Abdul Razak Othman
Dr_edited.jpg
Dr. Vasanthan
Datin Rosliza_edited.jpg
Datin Rosliza
Dr_edited.jpg
Dr. Sharmini
Dr Zubaidah_edited.jpg
Dr. Zubaidah
Photo 1_edited_edited.jpg
Dr. Zalina Mohd Tahir
En. Ranjit
En. Ranjit

PERKONGSIAN TERKINI

RESOS BERKAITAN

Posters

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk infografik, Keynote dan PowerPoint.

Fancy Camera

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk video,

 audio dan multimedia.

eBook Reader

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk artikel,

 laporan dan kajian.

UX

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk pautan laman-laman web.