BINA JARINGAN

Tall Buildings

BINA

JARINGAN

JPP LOGO.jpg

Bina Jaringan meneroka ruang dan peluang membina sinergi dalam kalangan guru, pemimpin, ibubapa dan komuniti untuk mendukung Naratif Baharu Persekolahan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar ke arah menghasilkan pengalaman pembelajaran bermakna dan pembelajaran yang tangkas, inovatif dan berfokus kepada masa depan khususnya dalam era pandemik.  

 

Bina Jaringan mempelbagaikan strategi dalam konteks Jaringan Pembelajaran Profesiona untuk mencapai misi, visi dan hasrat naratif baharu persekolahan iaitu pembudayaan amalan baharu persekolahan melalui gerakan perubahan sistemik dalam pendidikan. Kewujudan jaringan tersebut akan menggalakkan hubungan profesional yang luas antara pelbagai orang, ruang dan juga peralatan serta belajar antara satu sama lain. 

Bina Jaringan akan memudah dan memperluaskan jaringan dan jalinan antara individu dan komuniti pembelajaran secara berterusan melalui kolaborasi, pembangunan profesional, mempelajari teknik-teknik pedagogi terkini serta amalan terbaik (Commission on Effective Teachers and Teaching, 2011). Jaringan Pembelajaran Profesional akan mentransformasikan pembangunan profesional dan peluang-peluang pembelajaran untuk guru seperti mendapatkan maklum balas terhadap idea baharu, perbincangan tentang rancangan mengajar, mendapatkan sokongan, nasihat, peluang untuk berkolaborasi dan mendapatkan maklumat tentang perubahan-perubahan dalam pendidikan melalui media sosial dan aggregasi maklumat (Trust, 2012).

Kerangka Jaringan Pembelajaran Profesion

KOORDINATOR

Dr_edited.jpg
Dr. Jamiah Binti Mohamad
KO-KOORDINATOR
Hj_edited.jpg
Dato' Hj. Khalid Ahmad
WhatsApp Image 2021-03-17 at 8.31_edited
Dr. Mohd Aziz Bin Mohd Din
Dr_edited.jpg
Dr. Faridah Yakob
Dr_edited.jpg
Dr. Kartini Abdul Mutalib
Dr Hadi Mat Dawi_edited_edited.jpg
Dr. Hadi Mat Dawi
Puan Bidayah Salleh_edited_edited.jpg
Pn. Bidayah Salleh

PERKONGSIAN TERKINI

RESOS BERKAITAN

Posters

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk infografik, Keynote dan PowerPoint.

Fancy Camera

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk video,

 audio dan multimedia.

eBook Reader

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk artikel,

 laporan dan kajian.

UX

Bahan-bahan sokongan dalam bentuk pautan laman-laman web.